CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, 26 April 2012

~Indahnya ciptaanMu....

Bismillahirrahmanirrahim...

Suatu hari seorang anak sedang bermain di atas lantai, sementara ibunya duduk di atas kerusi sambil menyulam. Anak yang sedang bermain kemudian menoleh ke arah ibunya sambil memerhatikan apa yang dibuat oelh ibunya. Dia melihat sulaman ibunya dari bawah dan berasa hairan. Dia bertanya kepada ibunya.
“Apa yang sedang ibu lakukan?”
“Ibu sedang menyulam, nak,” Jawab ibunya sambil terus memasukkan jarum dari benang ke permukaan kain.
“Tapi buat apa?”  Anak itu masih bertanya hairan. “Sulaman itu kelihatan buruk sekali. Hanya benang-benang  yang tidak tersusun dan tidak menarik untuk dilihat.”
Ibunya tersenyum. Lalu dia memberi isyarat pada anaknya untuk berdiri.
“Berdirilah, nak!” Ujarnya. “Tengok sulaman ini dari atas sini.”
Anak itu berdiri dan menghampiri ibunya. Dia berjalan mendekati ibunya dan melihat sulaman karya ibunya dari atas. Dia berasa terkejut dan kagum pada keindahannya.
“Begitu indah sulaman ini, wahai ibu. Padahal sulaman ini begitu buruk bila dilihat dari bawah.” Kata anak itu.
Ibunya hanya tersenyum sambil membelai kepala si anak.

Itulah contoh kehidupan kita ini. Kita hanya melihat sebahagian dari perbuatanNya dari bawah, maka kita dapati ianya buruk dan tidak menyenangkan, malah kita mengeluh dan menyalahkanNya. Kalau kita boleh bersabar dan berusaha melihatnya dari sudut yang tepat, tentu kita akan memiliki sikap yang berbeza. Pandangan mata hanya mampu melihat bahagian bawah dari reka cipta yang ada pada kehidupan ini, sementara dengan mata hati yang bersih dan dengan pengetahuan yang lurus, kita mampu melihat reka cipta dari bahagian atas. Dan ketika itu kita akan mampu melihat keindahannya. Apabila kita mampu melihat keindahan itu, kita tidak akan mengeluh lagi bahkan kita akan merasa kagum pada reka cipta yang indah itu. Jika kita tidak mampu melihat menggunakan mata hati yang jernih dan tidak memiliki pengetahuan yang mencukupi, maka kita akan terus melihatnya dari bawah.

“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kedekut. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah dan apabila dia mendapat kebaikan dia amat kedekut.”   [al-Ma’arij : 19-21]

“Tidaklah seorang Muslim menderita kelelahan, sakit, kegawatan, kesedihan, seksaan, gelisah hingga duri yang mengenainya melainkan Allah menghapus dengannya dosa-dosa.” [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Said dan Abu Hurairah

Ibnu Qayyim al-Jauziyyah juga ada menjelaskan :
“Ubudiyyah kepada Allah dalam qada musibah ialah sabar menghadapinya kemudian redha menerimanya. Redha menerima musibah lebih tinggi kedudukannya daripada sabar. Kemudian mensyukuri musibah itu. Ini lebih tinggi daripada redha. Perasaan ini muncul kerana ada rasa cinta kepada Allah yang tumbuh di dalam hatinya, mengetahui pilihan yang terbaik bagi dirinya, kasih sayang Allah dan kebaikannya dengan menimpakan musibah, sekalipun mungkin dia tidak menyukai musibah itu.”

“Ya Allah, jadikanlah kami termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman dan istiqamah dalam keimanan kami. Jauhkanlah kami dari rasa putus asa terhadap rahmatMu dan rasa aman terhadap tipu dayaMu. Jadikanlah kami orang yang selalu bersabar dan jadikanlah kami orang yang sentiasa bersyukur kepadaMu. Dan gantikanlah apa-apa yang hilang dari kami dengan yang lebih baik dari sisiMu.”

by Fida Mahdom on Wednesday, March 16, 2011 at 6:17pm


Artikel nie adalah artikel dari sahabat ana Allahyarhamah Ukhti Fatimah Mina bt Juferi..dan juga artikel yang diemelkan kepada ana dan merupakan emel yang terakhir yang ana dapat...moga setiap orang yang membacanya secara tidak langsung dapat membantunya di akhirat kelak...moga Allah ampunkan dosanya dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman..Al-Fatihah..

~Hati berbicara...





Allahurobbi...
Aku mohon ya Allah jangan jadikan kami 'wanita' sebagai fitnah untuk kaum lelaki..
memang hakikatnya fitnah bagi lelaki itu adalah wanita...
Dan kami mohon agar Engkau pelihara hati, diri dan akhlak kami supaya apa yang kami lakukan tidak menjadikan fitnah untuk kaum lelaki...
Dan kami pinta setiapa apa yang kami lakukan mendapat keredhaan dr Mu ya Robbi...



Selasa, 17 April 2012

~NikmAT~

Salam ‘alaikum…

Alhamdulillah. Segala puji hanya untuk Allah s.w.t. Dengan kekuatan yang Allah kurniakan, Alhamdulillah berjaya juga untuk menaip di blog yang sangat lama tidak diupdate..Ana akui AMANAH yang satu nie tidak dapat ana laksanakan..moga selepas ini diberi kekuatan utk menulis di dalam blog nie..

Apa yang ana nak share kat shbt2 semua pasal “NIKMAT”. This story is based on my own experience n tujuan nya adalah as peringatan kita bersama..yang baik itu ambillah..yang dop molek tu tak perlu ambil..dan segala ilham ini pun datangnya dari Allah yang Maha Kuasa…

“Nikmat” adalah kurniaan dari Allah dan dibahagikan kepada dua iaitu nikmat kesusahan dan kemewahan. Dan dua perkara ini berbeza antara satu sama lain. In my opinion, selalunya nikmat kesusahan akan membuatkan kita lebih mengingati Allah. Kenapa? Sebab bila kita diuji dengan kesusahan, kita akan rase lemah, down, dan sangat perlukan seseorang untuk menguatkan kita kembali. Dan hanya Allah yang faham perasaan kita tika itu. Dan yakinlah pertolongan Allah itu sangat dekat. Mungkin kita tidak perasan. Sebagai contoh, bila kita diuji, kita akan jatuh. Dan untuk kita bangkit semula, kita akan kuatkan hati kita dengan berkata

“Aku boleh, Allah ada”.

Kata-kata itu umpamanya pujukan dari Allah..dalam cntext dunia sebenar, ia umpamanya seorang kawan yang merangkul bahu kita untuk bagi semangat..tapi jangan samakan manusia dengan ALLAH..ALLAH tidak menyerupai apa2 makhluk..

So nampak tak bahawa pertolongan ALLAH itu sangat dekat..dan sometimes Allah hantarkan sahabat untuk tolong kita..contohnya time kita down, tiba2 kita dapat message kata2 semangat dr sahabat kita.Subhanallah..Allah gerakkan hati sahabat utk kuatkan kita melalui message.nampak tak yang Allah sentiasa dengan kita..Allah…secara jujurnya diri ini pun slalu lupa bahawa Allah ada dengan kita sentiasa…

dan bila diuji, kita lupa bahawa Allah yang bagi ujian itu kat kita..dan apa yang Allah beri itu adalah yang terbaik untuk kita..bila kita check balik doa kt al-matsurat “Ya Allah, kurniakan kami keyakinan yang benar-benar mantap”…kita yang mintak kat Allah nk dptkan keyakinan yg kuat..n Allah makbulkan kita dgn bagi ujian sb nk kuatkan hati kita…pastu kita pertikaikan balik kat Allah kenapa Allah bagi ujian itu..Allah….

Sbg peringatan bersama “ingatlah apa yang Allah bagi itu adalah yang terbaik utk kita”..yakinlah…dan igtlah ujian yg kita dapat itu adalah sebagi kifarah dosa kita..Allah nak hapuskan dosa2 yang ada kat kita..so dat kita dapat jumpa Dia di syurga nanti =) bi iznillah..Lastly, apa yang ana nk share kan kt shbt2…

“jadikanlah Allah yang pertama utk segalanya”

Maksudnya kat sini bila mana kita diuji, jadikanlah Allah yang pertama yang mendengar luahan hati kita…apa2 perkara sama ada perkara yang menggembirakan atau menyedihkan, ceritalah kat Allah lepas tu baru kita cerita kat family ke shbt2 ke…ana boleh jamin sangat seronok bila mana kta cerita kat Allah dulu..blom cuba blom tahu..ce CUBA =)

~special syukran for my sahabat dunia akhirat kerana beri semangat utk update blog.Alhamdulillah~