CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, 19 Januari 2011

~Perjuangan yang belum selesai..


Bismillahirrohmanirrohim....


Takkan surut walau selangkah..
Takkan henti walau sejenak..
Cita kami hidup mulia..
Atau syahid mendapat syurga...


"Sesungguhnya perjuangan itu pahit, tetapi syurga itu manis"


Dalam berjuang, kita diuji dengan pelbagai perkara dan dari pelbagai sudut..
Dan kadang-kadang kita rasa diri kita tak mampu nak tempuhi...
Dan kadang-kadang ujian yang kita rasai itu membuatkan kita terjatuh dan terduduk..
Kita tidak mampu berkata apa-apa..
Hanya tangisan yang meluahkan segalanya..


Tapi yakinlah dengan Allah
Allah bagi apa yang terbaik untuk hambaNya...
Berlapang dada dan terimalah dengan sabar..
Dan sesungguhnya susah itu tarbiah..dan sabar itu indah..
Memang mudah untuk berkata kita redha dengan segalanya..
Tapi cubalah untuk menerima sedikit demi sedikit..
put ur trust hanya kepada Allah..


Dan yang terakhir...
~Wahai sahabat-sahabat..
Bangkitlah..Marilah kita sama-sama berjuang menegakkan Islam tercinta..
Menyambung perjuangan Rasulullah S.A.W
Dan seterusnya menjadi rantai-rantai perjuangan menuju kegemilangan Islam..
ALLAHUAKBAR!!!