CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, 28 Mac 2013

~JOM NIKOH...~

Bismillahirrohmanirrohim

Alhamdulillah minggu ke-4 da praktikal…Alhamdulillah banyak benda belajar =)
Makin mencintai komputer insyaAllah…nak bincang sedikit la, situasi sekarang ni, kalau kita bukak facebook banyak benornye pasal cinta…cinta selepas kahwin..Alhamdulillah pencerahan tentang kebaikan bercinta selepas kahwin.dan automatically akan influence others untuk melakukan ‘perkara’ itu. Jujurnya, this is a gud thing where it can change our mind to do dat ‘kebaikan’. But for me the problem is, we as a reader will only focus that ‘issue’ and forget other ‘issue’ that is more important in our life. For example kita terlalu focus kepada ‘perkara kahwin-kahwin ni’ contohnya siapakah bakal imamku..siapakah makmumku..dan terlupa perjanjian kita dengan Allah masa kita dalam kandungan lagi.Allah da habaq mai kita rezeki kita, ajal kita dan jodoh kita jugak.so dun worry na...Allah always tepati  janjiNya, kita je yang kadang-kadang tidak menepati  janji yang kita perkatakan.Dan Allah da bagitahu kita kan:

“…perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik…” (Surah An-Nur:26)

Jadi buat apa nya risaw?sekiranya kita risaw ce cek balik hati kita, mana Allah di hati kita..muhasabah bersama..diri ini pun sesekali tertanya-tanya siapakah yang bakal jadi ‘superhero’ dalam hidup ni..adakah dia yang naik kuda putih my prince charming?(influence by fairytale) boleh untuk kita berfikir tetapi kalau boleh kurangkan untuk ‘terlalu berfikir’..kata lainnya tak payah layan sangat hati dan fikiran kita..bukan apa bila kita fikir siapa?bila?kenapa bukan dia?kenapa dia?perkara itu akan melemahkan hati kita dan keyakinan kita pada Allah itu akan berkurang.siyesly, permainan ‘hati’ adalah permainan yang sangat bahaya.wa cakap sama lu!sangat bahaya!better jaga hati baik-baik.betullah dalam kata-kata Rasulullah s.a.w:

“…Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging apabila ia baik baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak rosaklah seluruhnya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati…” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

                Bukan mudah untuk menjaga hati,memang payah tetapi ingat kita ada Allah.hati kita ini milik Allah.maka mohonlah pada Pemilik hati kita moga Dia jaga molek hati kita.sekiranya hati kita diuji dengan kesakitan,maka Kau sembuhkanlah..mohonlah pada Dia untuk segala-galanya sebab pada Dia kita meminta segala sesuatu (Al-ikhlas :2) Sedikit perkongsian, hati ini pernah diuji sampai hati ini sakit sangat..rasa kalau cek kat hospital..mungkin mesin nyawa tu akan bunyi tut….tut…(panjang punya) tahap kritikal..nyawa-nyawa ikan da rasenyer..Alhamdulillah Allah telah menyedarkan diriku bahawa hati ni da tahap kritikal dan perlu diubati..dan masih lagi dalam proses meng’heal’ kan hati ni.doakan ya!

Berbalik pada perkara yang di’highight’ kan kat atas..tak perlu la kita fikir siapa ke bila ke bakal pelengkap kita..yang penting usaha dan keyakinan kita padaNya..lazimilah diri kita dengan istikharah..dan jugak amalan2 yang lain yang dapat menambahkan cinta kita padaNya..malah boleh buat ‘bekal’ di alam barzakh nanti..dan tanamkan di hati untuk bertemu denganNya dalam keadaan yang TERBAIK!!! Ameen Ya Robb..
               
~jadikan kami anak yang solehah, isteri yang solehah dan ibu yang solehah yang akan melahirkan mujahid dan mujahidah dalam menegakkan agamaMu~


               

Selasa, 12 Mac 2013

~Life With ComPuTerz~

Bismillahirrohmanirrohim….

maafkan diri ini kerana tidak dapat commit dalam mengupdate blog bagai..but this time..i want to try to update this blog more frequently than before.insyaAllah.bi iznillah.

Alhamdulillah.praise to Allah.becoz He chose us to continue ur life thus we as hambaNya must grab da chance to do the bez in everything that we do.let’s!!!

Now is in year 2013 and this is my last semester as a student in UiTM Shah Alam. Allahuakbar!cepat beno masa berlalu nyer…semester nie praktikal..well itz alredy 1 week n 2 dayz life as orang yg ‘bekerjaya’.ahakz.bekerjaya la sangat.jujurly,life as a student and life as a worker iz very difference.yang mana seronok?dua2 seronok?apa yang Allah bagi adalah yang terbaik untuk kita.dan siapa kita untuk kata apa yang Allah bagi tu tidak seronok?kita yang perlu pandang sesuatu perkara yang Allah hadirkan kat kita dengan pandangan yang positif dan carilah hikmah dalam setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan kita.


Banyak perkara nak share.Latest one iz pasal computer ini la..den benonyer takdela terer sangat bab2 website ni.update ka create ka.bab2 coding lagi la…tapi itulah Allah.sayangnya Allah kat kita, Dia hadiahkan perkara yang tidak mahir dengan kita, dan oleh itu kita mesti akan mohon doa dariNya dalam menyelesaikan ‘coding cinta’ ni kan..ni yang sayang Allah lebih ni =)

Kat sini nak habaq sedikit la,bab2 coding nie kan,kita yang akan tulis coding nie.dengan coding ni akan menghasilkan outcome kan.contohlah:


Salam 'alaik


outcome : Salam ‘alaik


Nampak tak kat situ?setiap apa yang kita lakukan akan beri kesan kat diri kita.Betul lah dalam Quran, setiap apa yang berlaku datangnya dari kesilapan kita sendiri.Sekiranya kita buat baik, maka kita akan dapat balasan baik dan Allah akan mempermudahkan urusan kita.InsyaAllah.Dan juga sebaliknya.Cuma perbezaannya komputer dan kehidupan, komputer dibolehkan untuk undo balik, backspace ka, delete ka untuk memperbetulkan balik supaya dapat kesan yang lebih baik.kehidupan kita there is no undo,backspace,delete..BUT there is another alternative which is TAUBAT.



Allah will show us the right way when we ask Him pertolongan.yakin dengan Allah.rajin-rajinkanlah diri kita untuk sentiasa beristighfar dan solat taubat.sekiranya tidak mampu lakukan soat sunat taubat setiap hari, buatlah sekali seminggu.Sekiranya tidak mampu juga,buatlah sekali sebulan.Dan sedikit lah nak sharing, bila mana kita nak sesuatu perkara dan bertekad untuk lakukan perkara tersebut.Allah akan bantu dan mudahkan diri kita dalam mencapai perkara tersebut.Itulah yang dinamakan “Law of Attraction” nama lainnya “The Power of Du’a”.Cuba jangan tak cuba =)





~peringatan bersama dan moga Allah kuatkan untuk kita lakukan setiap apa yang kita perkatakan.Allahuakbar~

Selasa, 6 November 2012

...MeMoRy...



Bismillahirrohmanirrohim…

Alhamdulillah Allah beri kekuatan untuk menulis di dlm blog nie..hari ni ana dikhabarkan satu berita sedih yang mengingatkan kembali ingatan ana kepada orang yang ana sayang kerana Allah..siapakah? orang yang berada kat hati ana selama-lamanya (selain Allah)..iaitu my abah..

Sesungguhnya hati ini rindu pada senyumannya..
kata-kata semangat yang sering dikeluarkan dari mulutnya..
kata-kata pujukan bila mana diri ini terasa lemah dengan ujian dunia..
kesabarannya melayan kerenah setiap anak-anaknya..
tidak pernah dia mengeluh atau mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati ini..

Sesungguhnya hati ini rasa sangat bersyukur kepada Nya…
kerana meminjamkan diri ini seorang abah selama 21 tahun..
Alhamdulillah…terima kasih ya Allah…
harap dapat berjumpa dengan abah yang ana sayang kerana Allah di syurga nanti…
Ameen..

Sedikit memori untuk dikongsi bersama..
perbualan melalui telefon seminggu sebelum abah dijemput Ilahi..

“Abah sayang ayang” (my abah panggil ana ayang...jangan jeles =) )

mula-mula terkejut jugak sebab tidak pernah abah memulakan kata-kata tu sebelum  ni..selalunya hanya ana yang akan bagitahu dulu pastu baru abah akan cakap abah sayang ayang jugak..
tapi kali terakhir itu abah yang memulakan kata-kata tu..
dan satu lagi kata-kata yang keluar dari mulut abah adalah…

“kalau abah tak ada nanti….”

Dan memang betul-betul abah dah tidak ada seminggu lepas itu..hebatnya aturan Allah..Subhanallah..
Alhamdulillah juga kesakitan yang dirasai sebelum ditarik nyawa abah tidaklah begitu lama..hanya 5 jam..dan segala urusan selepas itu dipermudahkanNya..Terima kasih Allah..

Walaupun dah setahun lebih berlalu tetapi rasa macam semalam berlaku..
hanya doa yang boleh diri ini panjatkan kepada abah..

Al-Fatihah.moga abah ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan diampunkan dosanya…

~sesungguhnya kematian itu satu KEPASTIAN yang akan dilalui setiap manusia~
 
pic : gambar abah yang ceria masa buat umrah..

Rabu, 27 Jun 2012

Imtihan

Bismillahirrohmanirrohim..

Dengan nama Allah, maka Kau permudahkanlah segala urusan kami..

Hari ini 27 Jun 2012..first day exam..berdebar rasa..even paper ana lambat lagi..tapi ntah la rasa berdebar-debar sangat..melihat sahabat-sahabat sekeliling yg buzy study, ada sahabat yg risau..takut..berdebar-debar membuatkan ana terinfluence sekali..hati ana pulak rasa risau..Allah..dalam Quran sendiri Allah berfirman:

Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.(Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ”Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun”. Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan secara sempurna dan rahmat dari tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk ” (Al-Baqarah: 155-157). 


Allah akan uji kita dengan rasa takut..rasa lapar..dan macam-macam lagi..hidup ini adalah ujian..setiap masa..setiap ketika..dan perlunya kita mohon dari Allah agar beri kita kekuatan untuk tidak berputus asa dengan pertolongan Allah..Allah sangat sayang dekat kita sebab itu Allah uji kita..Allah rindu hendak mendengar rintihan suara kita..dan dalam menghadapi saat-saat ditimpa ujian itu perlunya kita menanam "KESABARAN" di hati-hati kita..dan satu lagi penawar ketika mana diuji adalah dengan meningkatkan keyakinan kita kepada Allah s.w.t.."YAKIN" dengan Allah itu adalah kunci untuk segala-galanya dalam kehidupan kita.percaya ke tidak?

ana bagi contoh situasi, Allah uji kita dengan demam.dan kemudian kita pergi ke klinik untuk mengambil ubat.doktor kata makan ubat ni 3x selepas makan.pastu sapu dekat tempat bahagian yang sakit la..macam-macam la kan..dan kita pun buat la apa yang doktor kata sebab kita 'percaya' bila mana kita lakukan perkara itu, kita akan sembuh..once kita "percaya" / "yakin" ubat itu adalah salah satu cara untuk kita sembuhkan sakit kita, secara automatik kita dah set dekat mind dan hati kita..kita boleh pulih dengan makan ubat..dengan izin Allah..itulah betapa 'hebatnya' kuasa yakin kita terhadap sesuatu perkara..sebab itu kita cuba untuk meletakkan keyakinan yang tinggi terhadap Allah s.w.t di dalam hati kita..itz not easy but it is also not impossible..Jom kita try amalkan =)

Ahad, 20 Mei 2012

~My Love....

Bismillahirrohmanirrohim...

Allah...hari nie ana nk kongsi sedikit kisah pasal slh sorg yg ana syg di dunia nie..da lame ana tak panggil panggilan tu...Abah...

26 Mei 2012 genap setahun abah tinggalkan kami...da lame ana nak try share kt blog tapi ana sangat tak kuat..even skrg ana nk cter semula saat2 pemergian abah pun ana masih tak kuat...dan sejujurnya ana sangat rindu dgn abah ana..rindu nk bermanja..rindu nk dengar kata2 motivasi dari abah...rindu nk peluk abah..rindu nk kata ana sayang abah..rindu semuanya..moga kerinduan ni dapat dekatkan diri ana denganNya..kalo nk cerita satu2 pasal abah memg tak mampu la..only Allah knows what in my heart..

Dan sekarang nie Alhamdulillah..segala puji hanya bagi Mu ya Allah kerana menguatkan diri ini..bila ana dok fikir sorg2, fikir macam mana keadaan ana dulu masa awal2 terima musibah nie nk dicomparekan dgn skrg memang jauh berbeza..hebatnya Allah..Dia telah menguatkan ana dan keluarga ana untuk bangkit dan teruskan perjuangan dalam kehidupan..Allah..
Memang pada saat kesedihan, ana selalu fikir mampu ke ana nak teruskan hidup selepas nie tanpa abah di sisi..boleh ke ana nak membiasakan diri dengan perkara yang kita tak biasa dalam hidup nie..banyak yg ana fikir..dan Allah selalu memujuk ana, selalu kuatkan ana..bila ana rase down Allah akan pujuk ana dgn campakkan keyakinan terhadap Dia..Allah selalu igtkan bahawa Dia sentiasa bersama...Allah bagi kata2 semangat melalui perantaraan sahabat2 di sisi..melalui kalamNya, Al- Quran..melalui buku2 especially masa tu solusi:sabar itu indah...banyak sangat Allah bantu ana untuk bangkitkan ana kembali..

Alhmdulillah Allah makbulkan doa ana, Dia telah kuatkan ana untuk bangkit dan teruskan perjuangan dalam kehidupan..thank you Allah..dan ana harap moga Allah berikan kita semua kekuatan utk terus bangkit dan istiqomah dalam perjuangan ini..ujian yang Allah bagi memang pahit tapi yakinlah kepahitan itu akan bertukar kepada kemanisan..dan selepas kesusahan pasti ada kemudahan..cumanya utk kita 'healing' hati kita memerlukan masa..dan sangat perlukan kesabaran..innalllaha ma'assobirin..sesungguhnya Allah sentiasa bersama2 orang yang sabar..yakinlah sahabat =)

p/s: kepada semua: jagalah sesiapa sahaja yang berada di sekeliling kita sebaiknya =)

ana nk share satu lagu yg sgt terkesan kat hati ana...so soon by maher zain..

Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around (x2)
But I’m so grateful for every moment I spent with you
‘Cause I know life won’t last forever

Chorus:
You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon

Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But I’m so thankful for every memory I shared with you
‘Cause I know this life is not forever

CHORUS

There were days when I had no strength to go on
I felt so weak and I just couldn’t help asking: “Why?”
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him we’ll return, oh 

~maaf ana tak kuat utk post gmba abah ana..doakan abah ana dan muslimin dan muslimat ditempatkaan di kalangan orang yg beriman..moga dapat bertemu di syurga nanti...Al-Fatihah~

Ahad, 6 Mei 2012

~Diriku ini bukanlah sempurna

Bismillahirrohmanirrohim...

Alhamdulillah..Allah masih beri kita kekuatan untuk teruskan kehidupan di dunia ini..Alhamdulillah..
Diriku ini bukanlah sempurna...diri ana sendiri ana akui banyak kelemahan yang perlu diperbaiki terutama hati ini..mungkin orang sekeliling kita nampak kita hebat,mantop dan terbaik tetapi hakikatnya hanya Allah yang tahu..Allah tutup aib kita sebab itu orang tidak nampak kelemahan kita..

dan salah satu cara ana iz ana suka share apa yg ana dapat dan ana suka share apa yang ana dengar serta bagitahu apa yang ana tahu kepada orang-orang yang berada di sekeliling ana..apa yang ana katakan bukanlah untuk menunjukkan diri ini hebat..nauzubillahiminzalik..moga Allah jaga hati ana dan kita semua..tetapi untuk kuatkan hati dan diri ana sendiri..memang ana suka bagi nasihat, peringatan dan teguran dan hakikatnya perkara yang ana buat itu adalah untuk kuatkan ana untuk bangkit...

dan tidak semestinya apa ana katakan itu ana buat..secara jujurnya ana nasihat dan bagi pandangan kat seseorang tujuannya untuk ana sendiri..untuk mengingatkan apa yang perlu ana lakukan...kadang-kadang apa yang kita rancang untuk buat yang terbaik tidak 100% yang dapat buat..oleh itu ana minta pertolongan sahabat-sahabat untuk bagi kepercayaan dekat ana...memang manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan..dan disebabkan itu ana harap sahabat-sahabat bagi peluang dan sokongan pada ana dalam memperbaiki hati dan diri ana..

Bila mana kita nampak seseorang itu berkelakuan begitu, janganlah mudah kita menghakimi orang tersebut..sebab kita tidak tahu apa sebab dia lakukan perkara itu...berlapang dada..itulah jalan yang terbaik..dan sentiasa memberi peluang untuk menerima perubahan seseorang itu..

Dan bila mana kita dengar apa yang orang di sekeliling katakan tentang seseorang itu, tolong jangan terus berburuk sangka terhadap dia..yakin dan percayalah terhadap orang tersebut...dan anggaplah bahawa orang yang dikatakan itu sedang diuji oleh Allah..dan dalam masa yang sama Allah juga tengah menguji keyakinan dan kepercayaan kita terhadap orang itu..apa-apa pun mohon pada Allah agar memberi jalan yang terbaik..

Dan untuk kali yang terakhirnya,ana hendak mengatakan diri ana bukanlah sempurna..banyak kekhilafan yang ana lakukan..dari percakapan ana,perbuatan ana dan semua perkaralah..dan ana mohon bantu ana, bagi sokongan dekat ana dan tegurlah ana..memang teguran itu pahit...dan dari kepahitan itu akan bertukar kepada kemanisan..insyaAllah..ana mohon maaf dan syukran 'ala kulli hal..

~moga setiap hari yang dilalui dapat memperbaiki hati dan diri ini ke arah yang lebih baik~

Khamis, 26 April 2012

~Indahnya ciptaanMu....

Bismillahirrahmanirrahim...

Suatu hari seorang anak sedang bermain di atas lantai, sementara ibunya duduk di atas kerusi sambil menyulam. Anak yang sedang bermain kemudian menoleh ke arah ibunya sambil memerhatikan apa yang dibuat oelh ibunya. Dia melihat sulaman ibunya dari bawah dan berasa hairan. Dia bertanya kepada ibunya.
“Apa yang sedang ibu lakukan?”
“Ibu sedang menyulam, nak,” Jawab ibunya sambil terus memasukkan jarum dari benang ke permukaan kain.
“Tapi buat apa?”  Anak itu masih bertanya hairan. “Sulaman itu kelihatan buruk sekali. Hanya benang-benang  yang tidak tersusun dan tidak menarik untuk dilihat.”
Ibunya tersenyum. Lalu dia memberi isyarat pada anaknya untuk berdiri.
“Berdirilah, nak!” Ujarnya. “Tengok sulaman ini dari atas sini.”
Anak itu berdiri dan menghampiri ibunya. Dia berjalan mendekati ibunya dan melihat sulaman karya ibunya dari atas. Dia berasa terkejut dan kagum pada keindahannya.
“Begitu indah sulaman ini, wahai ibu. Padahal sulaman ini begitu buruk bila dilihat dari bawah.” Kata anak itu.
Ibunya hanya tersenyum sambil membelai kepala si anak.

Itulah contoh kehidupan kita ini. Kita hanya melihat sebahagian dari perbuatanNya dari bawah, maka kita dapati ianya buruk dan tidak menyenangkan, malah kita mengeluh dan menyalahkanNya. Kalau kita boleh bersabar dan berusaha melihatnya dari sudut yang tepat, tentu kita akan memiliki sikap yang berbeza. Pandangan mata hanya mampu melihat bahagian bawah dari reka cipta yang ada pada kehidupan ini, sementara dengan mata hati yang bersih dan dengan pengetahuan yang lurus, kita mampu melihat reka cipta dari bahagian atas. Dan ketika itu kita akan mampu melihat keindahannya. Apabila kita mampu melihat keindahan itu, kita tidak akan mengeluh lagi bahkan kita akan merasa kagum pada reka cipta yang indah itu. Jika kita tidak mampu melihat menggunakan mata hati yang jernih dan tidak memiliki pengetahuan yang mencukupi, maka kita akan terus melihatnya dari bawah.

“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kedekut. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah dan apabila dia mendapat kebaikan dia amat kedekut.”   [al-Ma’arij : 19-21]

“Tidaklah seorang Muslim menderita kelelahan, sakit, kegawatan, kesedihan, seksaan, gelisah hingga duri yang mengenainya melainkan Allah menghapus dengannya dosa-dosa.” [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Said dan Abu Hurairah

Ibnu Qayyim al-Jauziyyah juga ada menjelaskan :
“Ubudiyyah kepada Allah dalam qada musibah ialah sabar menghadapinya kemudian redha menerimanya. Redha menerima musibah lebih tinggi kedudukannya daripada sabar. Kemudian mensyukuri musibah itu. Ini lebih tinggi daripada redha. Perasaan ini muncul kerana ada rasa cinta kepada Allah yang tumbuh di dalam hatinya, mengetahui pilihan yang terbaik bagi dirinya, kasih sayang Allah dan kebaikannya dengan menimpakan musibah, sekalipun mungkin dia tidak menyukai musibah itu.”

“Ya Allah, jadikanlah kami termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman dan istiqamah dalam keimanan kami. Jauhkanlah kami dari rasa putus asa terhadap rahmatMu dan rasa aman terhadap tipu dayaMu. Jadikanlah kami orang yang selalu bersabar dan jadikanlah kami orang yang sentiasa bersyukur kepadaMu. Dan gantikanlah apa-apa yang hilang dari kami dengan yang lebih baik dari sisiMu.”

by Fida Mahdom on Wednesday, March 16, 2011 at 6:17pm


Artikel nie adalah artikel dari sahabat ana Allahyarhamah Ukhti Fatimah Mina bt Juferi..dan juga artikel yang diemelkan kepada ana dan merupakan emel yang terakhir yang ana dapat...moga setiap orang yang membacanya secara tidak langsung dapat membantunya di akhirat kelak...moga Allah ampunkan dosanya dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman..Al-Fatihah..