CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selasa, 6 November 2012

...MeMoRy...



Bismillahirrohmanirrohim…

Alhamdulillah Allah beri kekuatan untuk menulis di dlm blog nie..hari ni ana dikhabarkan satu berita sedih yang mengingatkan kembali ingatan ana kepada orang yang ana sayang kerana Allah..siapakah? orang yang berada kat hati ana selama-lamanya (selain Allah)..iaitu my abah..

Sesungguhnya hati ini rindu pada senyumannya..
kata-kata semangat yang sering dikeluarkan dari mulutnya..
kata-kata pujukan bila mana diri ini terasa lemah dengan ujian dunia..
kesabarannya melayan kerenah setiap anak-anaknya..
tidak pernah dia mengeluh atau mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati ini..

Sesungguhnya hati ini rasa sangat bersyukur kepada Nya…
kerana meminjamkan diri ini seorang abah selama 21 tahun..
Alhamdulillah…terima kasih ya Allah…
harap dapat berjumpa dengan abah yang ana sayang kerana Allah di syurga nanti…
Ameen..

Sedikit memori untuk dikongsi bersama..
perbualan melalui telefon seminggu sebelum abah dijemput Ilahi..

“Abah sayang ayang” (my abah panggil ana ayang...jangan jeles =) )

mula-mula terkejut jugak sebab tidak pernah abah memulakan kata-kata tu sebelum  ni..selalunya hanya ana yang akan bagitahu dulu pastu baru abah akan cakap abah sayang ayang jugak..
tapi kali terakhir itu abah yang memulakan kata-kata tu..
dan satu lagi kata-kata yang keluar dari mulut abah adalah…

“kalau abah tak ada nanti….”

Dan memang betul-betul abah dah tidak ada seminggu lepas itu..hebatnya aturan Allah..Subhanallah..
Alhamdulillah juga kesakitan yang dirasai sebelum ditarik nyawa abah tidaklah begitu lama..hanya 5 jam..dan segala urusan selepas itu dipermudahkanNya..Terima kasih Allah..

Walaupun dah setahun lebih berlalu tetapi rasa macam semalam berlaku..
hanya doa yang boleh diri ini panjatkan kepada abah..

Al-Fatihah.moga abah ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan diampunkan dosanya…

~sesungguhnya kematian itu satu KEPASTIAN yang akan dilalui setiap manusia~
 
pic : gambar abah yang ceria masa buat umrah..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya harap awak tabah sb saya tau awk seorg yg tabah dalam menempuhi segala ujian dr penciptanya... dan saya juga faham mcm mana perasaan kehilangan org yng kita syg tp Allah menyayangi mereka... :D

Athicka berkata...

syukran jiddan sahabat =)

Allah takkan bebankan apa yang hambaNya tak mampu kan..
saya pegang janji Allah tu..

dan awak pun kuat sb tu Allah bg 'hadiah' kat awak jugak..

~moga kita semua dimatikan dalam pengakhiran yang terbaik~

Tanpa Nama berkata...

inshaAllah sahabat.....
kamu doakan la kita agar kuat tuk menghadapi semua ini.... SAYA SAYANG ~AWAK KERANA ALLAH...~
Syukran atas galakan dan nasihat selama ini. kita harap awak tidak akn lupakan sahabat awk yg sorg ni yg banyak meminta nasihat dan bimbingan...
~UKHWAH TILL JANNAH~