CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sabtu, 10 September 2011

~NeW bEgInNing...

Bismillahirrohmanirrohim...


Alhmdulillah ya Allah kerana Kau masih kurniakan diri ini kekuatan untuk teruskan kehidupan...
Dalam mase beberapa jam lagi semester baru akan bermula..
Allahurobbi diri ini mohon kekuatan untuk permulaan yang baru ini..
Satu permulaan yang memerlukan kekuatan...
Dan juga permulaan yang memerlukan perubahan...


Biasakan apa yang tidak biasa..
Kata-kata yang perlu dipegang untuk semester yang bakal lalui...
Perkara-perkara yang sebelum ni kita lakukan...
Tidak dapat kita lakukan lagi...
Dan segala yang dilakukan sebelum ni..
hanya tersemat di ingatan dan juga di hati ini..


Tidak dapat nafikan..
hati ini memang sedih..
tapi hidup perlu diteruskan...
dan yang penting PERJUANGAN mesti diteruskan tidak kira semasa susah atau pun senang
dan semua itu perlukan PENGORBANAN...


Amanah yang ditaklifkan
perlu kita laksanakan sebaik mungkin..
fahami diri kita sedalam-dalamnya...
perbaiki segala kelemahan yang ada...
kuatkan segala kelebihan yang ada...


Allahurobbi..
diri ini mohon kekuatan untuk teruskan kehidupan ini..
bila difikirkan kembali rasa tidak mampu untuk teruskan berjalan...
tapi dengan keyakinan yang ada..insyaAllah
satu kata-kata yang menjadi sumber kekuatan...


Jika semalam jalan yang kita tempuhi terasa sukar, namun kita berjaya melaluinya dengan pertolongan Allah. Jika kita rasakan jalan hari ini terlalu sukar ditempuh, yakinlah Allah bersama kita ketika ini. Jika esok kita lihat jalan penuh duri, percayalah Allah & pertolonganNya juga akan bersama dengan kita esok.








Tiada ulasan: